Friday, November 28, 2008

Ziana Jadi Nenek Kebayan Dalam Magica


Kisah Ziana Zain..eheheheh....Aku copy paste dari blog www.murai.com.my
Aku ambik sikit jer...
Bukan lagi rahsia apabila penyanyi tersohor Ziana Zain dilamar oleh KRU Studios (KRU) untuk membintangi filem terbaru produksi berkenaan tidak lama lagi.
Bukan watak biasa, penyanyi Lembah Asmara ini nampaknya menerima pelawaan KRU dengan memegang watak sebagai nenek kebayan bagi menjayakan filem muzikal fantasi bertajuk Magica.

Ditemui portal murai.com.my baru-baru ini, Ziana berkata persetujuan memegang watak berkenaan bukan saja kerana tertarik dengan watak nenek kebayan, malahan juga sasaran tontonannya yang diilhamkan untuk golongan kanak-kanak.

"Filem ini adalah hikayat atau dongeng kanak-kanak dahulu kala di mana dalam satu filem itu nanti terdapat cerita rakyat lain yang akan dipersembahkan oleh pelakon popular tempatan. Satu langkah yang baik kerana pada masa yang sama juga untuk memberi kefahaman kepada kanak-kanak akan kesan yang akan terjadi jika enggan mengikut kata ibu bapa mereka.
Maklumlah sajalah, kanak-kanak sekarang sudah tidak lagi seperti zaman kanak-kanak dulu yang percaya dengan hikayat rakyat atau dongeng yang diceritakan ibu dan bapa kita. Pada masa yang sama juga memberi kesedaran mereka akan kewujudan cerita rakyat yang bertahan sehingga sekarang," katanya.

Ziana juga tidak menafikan, statusnya sebagai ibu kepada 2 anak turut memberi dorongan yang kuat untuknya berlakon dalam Magica. Tambahnya lagi, dia tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk beraksi dalam filem muzikal yang disifatkan cukup berharga dan sering menjadi rebutan kebanyakan pelakon di luar negara terutama di Amerika Syarikat.

"Apa yang menarik, dalam filem ini nanti saya akan menyanyi dan berlakon. Memang sudah lama saya idamkan untuk berlakon dalam filem muzikal seperti ini. Setakat ini saya tidak tahu siapa yang akan berlakon bersama saya. Mungkin tidak lama lagi pihak KRU akan membuat sidang media berkenaan filem ini. Bagaimanapun apa yang saya tahu watak saya sebagai nenek kebayan," katanya.

Actually Kak Gyee dh inform aku psl ni..ehehehe..So dia dh share dgn media..Aku pun nk la share kat sini..eheheheheh...Meletup kan jd nenek kebayan..hahahahaha...
Ok..cite ini ari ek..tkde apa sgt..Cuma kebencian tahap melampau sudah menjelma..hahahahaa..Nenanti aku cite..skang cam mood tarak...chow chin chow..

3 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

nk jd tok kebayan! :D

only me ^erien'z^ said...

huhuhu,,nenek kebayan..sesuai sgt!heeeeee

Qarl said...

yessss.....

alhamdulillah

makin lama karier makin hebat & mantap!!!!

life begins at 40..

hehe...

thanx kak ina!!!