Friday, April 3, 2009

ASSABRU JAMIL-KESABARAN ADALAH SUATU KEINDAHAN


SEBAGAI Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melakar jejak sejarah tersendiri sepanjang tempoh lima tahun, lima bulan dan tiga hari memimpin negara. Meniti kehidupan berpolitik beliau yang penuh ranjau, onak dan duri termasuk meratapi detik kehilangan isteri kesayangan, Datin Seri Endon Mahmood pada 20 Oktober 2005, era kegemilangan dan kegoyahan Abdullah telah tertulis dalam takdir hidupnya sebagai Perdana Menteri.


Kenyataan di atas aku petik dari paper KOSMO...Hurrm...Era Pak Lah telah berakhir..Bermulanya era baru..5thn,5bulan...Ummm..sebenanrya bila ingt balik pemerintahan Pak Lah ni,mmg benar kata ini=ASSABRU JAMIL-KESABARAN ADALAH SUATU KEINDAHAN= ...Beliau di sifatkan sebagai seorg yg benar2 penyabar walaupun di himpit dgn pelbagai masalah,kritikan,kutukan dan sebagainya..Riak wajah nya yg tenang tu membuatkan org di sekeliling selesa dan tak kurang juga yg mengambil kesempatan..Aku teringt kata mak aku..Keistimewaan Pak Lah ni senyuman dia..Dan wajah dia yg tenang..Walau dalam hati tiada siapa yg tahu beban dan kesakitan yg di alami beliau..


Aku terbaca kenyataan sahabat baik Pak Lah,dimana beliau tidak gemar apabila sahabatnya ini berkecimpung dalam politik kerna Pak Lah terlalu baik..Lurus..Pemaaf dan sebagainya..Kerna dunia politik tak semuanya indah...Silap langkah teruk la terkena..Aku nk bercerita politik aku tak pandai..Kerna dunia itu terlalu kompleks..Sekali kita jejak ke dlmnya,kita kena tempuh segalanya dgn rela..Kalau tak,abis la..Heheheh...


Aku nk komen tentang Pak Lah tak brapa nk pandai..Ye lah..Kita bukan kenal rapat dgn beliau..Cuma dari jauh sahaja mengetahui tentang pemimpin yg seorg ni...Ini di mata aku ya..Kalau mata org lain aku tk tau lah..Heheheh...


Pak Lah di mata aku....
Ya,beliau penyabar..Tapi sabarnya di ambil kesempatan oleh org bawahan mahupun org atasan...Ya beliau tenang...Tenang beliau membuatkan aku kesian..Kerna tiada sapa yg tahu bebanan yg beliau hadapi..Ya beliau alim..Ini satu keistimewaan yg tidak boleh di sangkal lagi...Tapi sayang,segala itu tidak dpt membuka mata rakyat..Kerna rakyat lebih gemar yg radikal..Yg berada di depan mata...Pak Lah cuba guna cara halus yg penuh dgn kasih syg..Tapi tidak berjaya...Tidak mengapa..PAK LAH TETAP PAK LAH... :) Di bawah ni ada sajak yg di tulis oleh beliau...

AKU CARI DAMAI ABADI
KUCARI BUKAN HARTABERTIMBUN-TIMBUN
UNTUK HIDUP KAYA
AKU CARI BUKAN WANG BERJUTA-JUTA
UNTUK HIDUP BERGAYA
AKU CARI BUKAN KAWAN-KAWAN
UNTUK HIDUP SEKADAR BERFOYA-FOYA
AKU CARI MANA DIA AL-GHAZALI
AKU CARI MANA DIA AS-SHAFIE
KITA BONGKAR RAHSIA SUNNAH NABI
CARI PANDUAN
AKU HIDUP KERNA DIA RABBI
DIALAH TEMAN
DIALAH WALI
DIA MENCUKUPI
AKU HIDUP BERERTI
MENIKMATI DAMAI ABADI

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi


Aku sedih kerna era Pak Lah sudah berakhir...
Aku sedih kerna Pak Lah sekejap menjadi PM
Aku sedih kerna penganti Pak Lah??Ummm....Lu pikir sendiri laaaaaaa
Chow Chin Chow..............

No comments: