Thursday, March 14, 2013

DOWN


Sedikit perasaan down..Bukan sedikitlah..Banyak..Macam2 perkara yg aku fikirkan..Kebanyakannya pasal diri,kehidupan,kerjaya,kesayangan dan sebagainya.. Buat pertama kalinya aku menangis depan dia.. Aku rasa bertuah sesangat dan beruntung kerana dia ada di sisi aku..Dia yg aku maksudkan bukanlah kekasih kerana bab2 kekasih aku dah tinggalkan hampir 10bulan..Oppsss..Heheheheh..Tak kisahlah korang tahu ke tak..Tapi aku tetap nak tulis dia..Hahahahaha..Blog aku..Suka hati lah kan nak letak nama or panggilan apa..Hehehehehe..Dalam 2jam juga kena "berus" bak kata dia tetapi "berus" halus..Hahahahah..Pun boleh! Sebenarnya aku tak nak risaukan dia.. Tapi setiap kali kalau aku tulis apa-apa kat tweet kalau berkaitan sedih ke apa boleh pulak dibacanya..Kalau bab-bab marah orang lain takde pulak dia baca..Hahahahaha..So dua hari juga dia dok bertanya,apa,kenapa,mengapa dan lain-lain..Selagi tak jawab memang macam tu lah jadinya..Aku terus terang dengan dia..Dia ajak jumpa..Tapi aku suruh dia settle keje dia dahulu.. Padahal nak "lari"..Tak nak jumpa..Hahahahahah..Sepanjang perjalanan aku nak jumpa dia pun, aku jalan ala-ala gemalai gitu..Hahahaha..Mampu??! Bila dah jumpa macam biasalah..Uhuhuhuhu..Aku tetap dengan perangai aku, tahan supaya tidak nampak muka stress atau yang sama waktu dengannya.. Tetapi aku  tertewas apabila sentuh bab mak dan abah..Maka berjuraian jua lah airmata tu..Tapi aku cover dengan tunduk..Mungkin ini pertama kali dia tengok aku nangis kut..Tapi dia tak ada lah cuak..Aku plak yg cuak sebab tahan nangis tapi tak berjaya juga..Sakit kejap kepala sebab tahan nangis..So cerita segalanya..Tapi aku tetap susah untuk bercakap..Dia yang cakap banyak untuk tenangkan aku.. Aku kan memang dah perangainya gini..Susah untuk bercakap kalau bab-bab kestressan melampau..Hahahahahah..Lega?Tenang?Uuurrmmm..Mungkin sedikit..Sebab bak kata orang, semua berpandu kepada diri sendiri untuk mengudi sesuatu perkara..Aku kena fikir everything..Pro and contra..Harap aku dapat keputusan yang sebenar..InsyaAllah.. Ya ALLAH Ya TUHAN ku..Kau bukanlah hati hambamu ini..Amin...Chow Chin Chow!

No comments: