Tuesday, November 11, 2008

DINGIN@HITS1


Sedikit info...

CARTA LAGU

MINGGU PENGENALAN
Sebanyak 12 lagu disenaraikan untuk pertandingan. Penonton dikehendaki membuat pemilihan dari senarai lagu yang paling popular melalui SMS.

MINGGU PERTAMA
Minggu pertama kita dapat saksikan kedudukan sebenar 12 lagu dari nombor 1 hingga 12.
12 buah lagu yang mendapat undian SMS yang terbanyak akan dipertandingkan ke minggu ke-2.

MINGGU KEDUA
Hasil undian sms, 2 lagu pada kedudukan tercorot akan terkeluar dan digantikan dengan 2 buah lagu baru. Secara keseluruhan 12 buah lagu akan bertanding bagi menentukan kedudukan 12 buah lagu pada minggu ke tiga.

MINGGU KETIGA
Dalam minggu ke – 3, kedudukan sebenar 12 lagu akan diketahui berdasarkan undian dari penonton.

MINGGU KEEMPAT
Lagu yang memperoleh undian terbanyak dalam pusingan (minggu 1, 2, 3 dan 4) akan muncul juara pusingan manakala lagu yang berada di dua kedudukan tercorot akan terkeluar. 3 lagu pencalonan baru akan dimasukkan pada minggu keempat.

Proses ini akan berulang seperti pada minggu pertama hingga ke minggu ke-4 sehingga 10 buah lagu Juara Pusingan.
1 minggu pertandingan akhir.

KONSEP

Pertandingan carta lagu-lagu popular masa kini. Lagu yang bertanding akan disiarkan video-klip lagu untuk diundi oleh penonton.

Bahasa perantaraan yang digunakan dalam mengendalikan rancangan ini ialah Bahasa Malaysia.

Lagu – lagu yang dicalonkan adalah yang tersenarai dari carta lagu – lagu popular terbitan Muzik FM dari bulan Januari 2007 hingga March 2008 serta lagu-lagu terkini sebagai pencalonan.

Lagu-lagu Bahasa Malaysia nyanyian penyanyi tempatan ataupun luar negara, hasil ciptaan penerbit tempatan yang berada di pasaran dari bulan Januari 2007 hingga March 2008 serta lagu-lagu terkini sebagai pencalonan.

Lagu-lagu yang dipilih telah mendapat kelulusan Panel Penapisan Lagu RTM.

Teknologi SMS akan digunakan untuk membuat pilihan lagu-lagu yang popular mengikut undian terbanyak melalui SMS.

Segmen khas, carta Hitz mingguan lagu Cina, India dan Inggeris juga akan dimuatkan tetapi carta ini hanya sebagai info industri antarabangsa dan tidak akan dipertandingkan. Contohnya:

Lagu dari AI fm iaitu dikenali Hits ai FM
Lagu dari Traxx fm iaitu dikenali Top 10 Traxx FM
Lagu dari Minnal fm





Kecik ke?alah klik je kat gmbr tu..sure nmpk..hahahaha..

So plz vote DINGIN utk melayakan lagu ini ke final!!!

Taipkan

HITS1 DINGIN

Hantar ke 32776 @ dail talian tetap 13776

No comments: