Sunday, March 8, 2009

Suri dilayan bagai puteri,Shiloh lembut, pendiam

Ok..kali ni aku nk cite psl dua org puteri hollywood yg comel,cute and segalanya lah..Ehehehe...Aku suka tgk dorang..Lebih2 lagi SURI..Eheheh..Tapi dorang ni berbeza karakter.....Ok...semua cerita di bwh aku copy paste dari Harian Metro..



SURI Cruise begitu tenang ketika dilihat bermain di Augustus Saint Gaudens di Manhattan, baru-baru ini.Dengan berselipar emas dan berbaju berjenama yang sopan, kanak-kanak itu yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga bulan depan, cuba bermain buai dan bergayut dengan diawasi rapat oleh ibu bapanya, pelakon terkenal, Katie Holmes dan Tom Cruise.


“Mereka sering menghabiskan masa bersama,” kata pengasuh kanak-kanak itu.Hampir ke mana sahaja dia pergi, Suri, tidak akan berjauhan dengan selimut dan botol susunya. Pernah satu ketika dia menangis sepuas-puas hatinya apabila Katie cuba mengambil selimutnya. Tangisannya itu memaksa Katie menyerahkan semula selimut itu.Surie kelihatan seperti memperoleh apa sahaja yang dimahukannya. Dan ada sumber berkata, dia amat suka mendesak!Baik di rumah besar ibu bapanya di Beverly Hills, atau ketika menjelajah dunia bersama-sama, Suri dibesarkan menurut peraturan ketat kepercayaan Katie dan Cruise — Sainstologi dan perkataan ‘tidak’ tidak pernah digunakan.“Dia dianggap keajaiban pada mata Katie dan Cruise. Cruise berpendapat anaknya lebih ke depan berbanding kanak-kanak lain, ” kata satu sumber.


Mungkin — tetapi tidak apabila ia berkait dengan botol susu.Pada usia hampir tiga tahun, dia masih belum dapat diceraikan dengan air barli yang disyorkan ajaran Saintologi.Sumber berkata, Suri diberi kebebasan sepenuhnya dan dia begitu tidak sabar. Dia akan membaling apa sahaja jika ada yang tidak kena dengan kehendaknya.Cruise, 47 dan Katie, 30, sentiasa melayani anak mereka seperti remaja.


“Cruise enggan bercakap dengan Suri seperti seorang dewasa bercakap dengan anak kecil. Suri juga digalak kreatif dan meluahkan perasaannya mengikut kemahuannya. Dia tidak pernah didisiplinkan. Kerana itu, apabila dia menconteng tembok, ibubapanya akan memujinya dan berkata ia cantik,” kata sumber berkenaan.


Kanak-kanak itu mempunyai segala bentuk kebebasan di kediaman besar ibu bapanya. Dia makan mengguna pinggan emas dan tidur di atas katil mahal. Waktu tidurnya juga tidak ditetapkan. Cruise dan Katie membiarkan anak mereka memilih waktu tidurnya sendiri.”Anak manja itu juga mempunyai almari penuh dengan pakaian berjenama termasuk Dior, Burberry dan BCBG Max Azria sementara kasutnya keluaran Christian Loubotin.


“Katie berbangga dengan kegilaannya terhadap fesyen dan dia mahukan Suri menjadi kanak-kanak berpakaian terbaik di dunia. Katie dan Cruise akan bertanya kanak-kanak itu apa yang mahu dipakainya atau pengasuhnya akan berdiri di sebelah almari hingga Suri memilih pakaian yang hendak dipakainya,” kata sumber itu.

Dalam pada itu, Katie berkata, anaknya mempunyai deria fesyen yang hebat.Kemewahan yang dicurahkan kepada Suri dapat dilihat sepanjang keluarga itu menetap di New York baru-baru ini.“Ketika di taman permainan sekalipun, kanak-kanak itu berpakaian amat mahal.”




DI sebalik pengawal keselamatan dan di belakang tembok Chateau Mirawal di Selatan Perancis, Shiloh Jolie-Pitt hidup bahagia walaupun kadang kala bercelaru bersama-sama ibu bapanya, selebriti ternama, Angelina Jolie dan Brad Pitt serta lima adik beradiknya yang lain.Pada masa sama, kanak-kanak berusia dua tahun 10 bulan itu tidak terasa janggal dengan kehidupan keluarganya yang sering berpindah-randah.

Dia dilahirkan pada Mei 2006 di Namibia, Afrika dan menjelajah dunia sebelum keluarganya akhirnya mengambil keputusan menetap di Perancis, tempat adik kembarnya, Knox dan Vivienne dilahirkan.Shiloh yang pendiam, lembut dan mudah bergaul menghabiskan masa sehariannya bermain dengan abangnya, Maddox, tujuh, Pax, empat dan Zahara, tiga. Dia juga begitu menyayangi kedua-dua adik kembarnya.

Shiloh, yang kadang kala dipanggil Tweety oleh keluarganya, bagaimanapun amat rapat dengan Zahara yang suka memerintah. “Dia hanya menuruti kata-kata kakaknya,” kata sumber yang rapat dengan keluarga itu. Shiloh juga berdepan dengan kenakalan Maddox dan Pax. “Kedua-dua abangnya memang kasar. Zahara akan melawan mereka. Tetapi Shiloh pelembut. Maddox dan Pax tidak bermaksud untuk membuli adik mereka tetapi suka bergurau tanpa memikirkan keselamatan Shiloh. Mereka akan mengangkat dan memusingkan kanak-kanak itu. Tindakan itu kadang-kadang menyebabkan Shiloh jatuh. Tak hairanlah ada kesan calar pada tubuhnya. “Seringkali Angie dan Pitt terpaksa berkata: ‘Hentikan. Letak adik kamu,’” kata sumber itu.

Dengan kelahiran Vivienne dan Know, Shiloh bukan tidak lagi menjadi ‘anak manja ’ di rumahnya. Tetapi dia tidak kisah.“Buat masa ini, perhatian lebih tertumpu kepada pasangan kembar itu. Apa yang perlu dilakukan oleh Shiloh untuk mendapatkan perhatian Pitt ialah dengan hanya mengangkat tangannya. Itu caranya dia berkata ‘dukung saya.’

Dia begitu menyayangi bapanya.”Tetapi dia juga menyayangi ibunya, Angelina , khususnya ketika mereka menghabiskan masa bersendirian bersama setiap hari, kata sumber yang rapat dengan keluarga itu.Apabila tiba masa untuk memberi anaknya makan, Angelina, 33, akan menuruti sahaja kehendak mereka — lebih-lebih lagi Shiloh.“Angie membenarkan sahaja anaknya memilih semua makanan yang diproses. Shiloh begitu meminati roti Perancis disapu dengan cokelat dan amat benci lobak. Dia tidak akan memakannya walaupun dipaksa.”

Seperti kanak-kanak lain, Shiloh sukakan anak patung dan sebagai persediaan menyambut kelahiran Knox dan Viv, Angie dan Pitt menghadiahkannya dua anak patung kembar. Tidak hairanlah Shiloh kelihatan menganggap kedua-dua adiknya itu dua lagi anak patung untuk koleksinya.“Dia begitu berhati-hati melayani mereka dan berbual dengan kedua-dua adiknya itu seperti yang dilakukan kanak-kanak kecil yang lain. Dia tidak sedar Knox dan Viv akan membesar!”

Apabila tiba masa untuk tidur, biasanya jam 8 setiap malam, Shiloh akan menyimpan anak patungnya dan tidur bersama patung arnab khas. “Dia mencungkil sebelah mata arnab itu,” kata sumber berkenaan.Dan sebelah pagi, kanak-kanak itu suka bermain di luar rumah, menghabiskan kebanyakan masanya berlari.

“Di Perancis, keluarganya mempunyai padang yang luas dan tasik. Dia sering berkaki ayam untuk memetik bunga. Dia seperti anak hippi.”Di dalam rumah, Shiloh menghabiskan masa menonton rancangan kegemarannya — Dona the Explorer dan Meerkat Manor. “Dia juga belajar seni, ballet dan berenang. Dia bebas melakukan apa sahaja yang diingininya. Pitt dan Angie menggalakkannya supaya tidak takut tetapi pada masa sama berbudi bahasa. Dan setiap kali menangis, Pitt dan Angie sudah tahu cara memujuknya. Mereka akan bercakap dengannya secara lembut sehingga dia mendengar dan berhenti menangis.”

Ini gmbr2 mereka utk tatapan semua...





And the winner is??Ehehehe....Tidak adaazzzz..Sbb nya dua2 pun sama2 cute,comel,popular dan segalanya la..Eheheheh...
Chow Chin Chow...

No comments: